fbpx

Mahakarya, Folklore epitome rumput selepas hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR SWIFT

Karya tersebut dibikin Taylor Swift ketika virus Covid-19 mula menyerang dunia. Dalam isolasi disebabkan pandemik yang diumumkan seluruh dunia, lahir kreativiti sehingga terbentuknya sebuah naskah luar biasa impak dan kesannya kepada pendengar. Naskhah tersebut dinamakan Folklore.

Folklore memuatkan 16 buah trek yang semuanya mempunyai kualiti hebat tersendiri. Jadi, tidak hairanlah album yang diusahakan secara indie tersebut meroket ke tangga pertama carta Billboard 200 sebagai album dengan jualan tertinggi tahun 2020.

 

MENERUSI Folklore, Taylor Swift mengembalikan semula roh muzik asalnya sebelum dia bergelumang dengan dunia pop.

 

Bukan sahaja itu, di carta lagu Billboard Hot 100, tiga single utamanya berada pada kedudukan 10 teratas iaitu Cardigan (tangga pertama), The 1 (keempat), dan Exile (keenam).
Apa istimewanya Folklore sehingga meraih pujian melambung banyak pihak? Buat penulis, kadang-kadang karya yang kita hasilkan akan lebih menjentik sanubari orang apabila kita duduk jauh daripada kesibukan atau hiruk-pikuk keadaan. Barangkali, itu resepi kejayaan Folklore.

Folklore menemui pendengar sempurna dan tepat pada waktunya. Dari segi kulit album, mood, kredibiliti Taylor sebagai komposer dan penulis, perkongsian lirik dan melodi setiap trek yang terkandung, album berkenaan paling juara!

Peribadinya, Folklore membawa semula peminat kepada asbab mengapa seluruh dunia jatuh cinta dengannya. Namakan, Fearless, Speak Now dan Red, ketiga-tiga album tersebut memberi introduksi Taylor sebelum ‘mendunia’ dengan genre pop.

Kalau ingin berceloteh panjang tentang 16 trek yang dimuatkan dalam album berkenaan, satu muka surat memang tidak cukup. Penulis keluarkan tiga ‘killer songs’ iaitu Cardigan, dan Exile (featuring Bon Iver).

Cardigan secara peribadi, bukan trek kegemaran penulis, namun antara ke semua trek terkandung, Cardigan mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi. Dari segi judul, melodi dan penulisan liriknya, memang wajar lagu tersebut diangkat sebagai single perdana daripada Folklore.

Dalam lagu ini juga, banyak perenggan yang dekat dan membuatkan pendengar rasa seperti ‘hey, aku pernah lalui perkara ini’.

Antara bait-bait liriknya, when you are young, they assume you know nothing (apabila kau muda, mereka fikir kau tidak tahu apa).

Rasa seperti cardigan lama yang dijumpai di bawah katil orang yang pernah anda sayang dan orang itu kemudiannya memakainya dan cakap ‘ini pernah jadi cardigan kegemaran aku’, silakan hayati nukilan lirik selanjutnya dalam Cardigan. Liriknya mencakupi percintaan, persahabatan atau alam pekerjaan, tergantung interpretasi masing-masing.

Trek keempat, Exile merupakan lagu kegemaran penulis. Lagu ciptaan Taylor, William Bowery dan Justin Vernon itu boleh disifatkan sebagai ‘Shallow’ (duet Lady Gaga dan Bradley Cooper) versi 2020.

Melodinya cukup indah dan berada pada kelas tersendiri sementelah liriknya, lebih indah daripada sebuah puisi. Taylor dan Bon bukan menyanyikan sebuah lagu, sebaliknya puisi indah yang cukup dekat dengan pendengar.

Exile seperti lukisan emosi sepasang kekasih yang keliru dengan kesalahan masing-masing, namun pada masa yang sama, kedua-dua terhiris luka yang dalam.

 

FOLKLORE menguatkan kenyataan bahawa Taylor Swift antara karyawan muzik terhebat abad ke-21.

Mahakarya

Dentingan piano dan muzik teradun cemerlang dalam kolaborasi vokal Taylor dan Bon, duet tersebut seumpama bisikan antara dua jiwa itu yang penulisan sifatkan sangat mahal ini, sebuah mahakarya!

Jikalau boleh diberi markah penuh terhadap Folklore, penulis tidak akan teragak-agak berbuat demikian.

Album berkenaan membawa semula peminat kepada Taylor yang sangat dirindukan iaitu era dirinya sebelum bergelumang dengan muzik pop.

Jelas, Taylor yang lama belum lagi ‘mati’ dan dia masih di sini.

Bayangkan, saat orang semua terkurung disebabkan pandemik Covid-19, Taylor menghasilkan sebuah diskografi yang kalau boleh dilambangkan seperti bau, bauannya seperti rumput selepas disirami hujan. Tulen dan semulajadi.

Itulah prestasi kerja yang wajar diberi pengiktitirafan dan Taylor, ialah seorang karyawan dan pemuzik antara yang terhebat pada abad ke-21. Kehadiran Folklore, menguatkan lagi kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN