fbpx

17 terbunuh pesawat Air India Express terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat Air India Express tergelincir mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh termasuk dua juruterbang. - AFP

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 17 orang maut termasuk dua juruterbang manakala 123 lagi cedera selepas sebuah pesawat Air India Express terputus dua selepas tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Calicut, Kerala malam tadi.

Menurut akhbar Daily Mail, jurucakap polis tempatan, Abdul Karim berkata, pesawat dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu itu membawa 191 penumpang tergelincir semasa melakukan pendaratan cemas ketika cuaca hujan.

“Sebelum kejadian, dua orang juruterbang itu melakukan cubaan pertama untuk mendarat dalam cuaca hujan lebat, namun tidak berjaya menyebabkan pesawat itu berlegar semula di ruang udara selama 20 minit.

“Saya boleh mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 15 lagi penumpang mengalami cedera parah. Sebarang perkembangan lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota polis memberitahu, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke beberapa buah hospital berdekatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI