fbpx

Lima positif Covid-19 selepas pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa premis di bangunan kedai di Sungai Kob, Kulim yang ditutup susulan Kluster PUI Sivagangga.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Lima individu daripada sebuah keluarga yang disahkan positif Covid-19 bagi Kluster PUI Sivagangga dijangkiti penyakit itu ketika pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di Kampung Pida, Megat Dewa dalam daerah Kubang Pasu dekat sini.

Keluarga itu tinggal di sebuah taman perumahan di Sungai Kob di sini.

Seorang penduduk, Ainul Zaida Zainol Abidin, 45, memberitahu, dia berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga terbabit pada 30 Julai lalu iaitu sehari sebelum sambutan Aidiladha.

“Apa yang saya faham mereka pulang untuk sambut hari raya bersama saudara mara di kampung berkenaan.

“Walaubagaimanapun, saya tidak berjumpa dengan mereka sehingga menerima berita bahawa keluarga itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada petang semalam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, dia difahamkan keluarga berkenaan membuat saringan di sebuah klinik kesihatan secara sukarela sebelum disahkan positif.

Ainul Zaida yang merupakan peniaga makanan di perumahan tersebut memuji sikap keluarga itu yang mempunyai rasa tanggungjawab membuat saringan secara sukarela walaupun tidak bergejala.

“Tindakan pantas keluarga terbabit dapat mengelakkan wabak daripada terus menular di kawasan ini,” katanya.

Tambahnya, beberapa kedai yang dikunjungi mangsa juga diarahkan tutup buat sementara waktu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI