fbpx

12 kes baharu, kluster PUI Sivagangga jangkiti generasi ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kluster PUI Sivagangga terus mencatatkan peningkatan selepas merekodkan 12 kes baharu hari ini di tiga negeri iaitu Perlis dengan 10 kes selain masing-masing satu kes di Kedah dan Pulau Pinang.

Angka itu adalah sebahagian daripada 25 kes baharu jangkitan Covid-19 yang direkodkan setakat pukul 12 tengah hari tadi membabitkan 16 kes jangkitan tempatan dan sembilan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua 10 kes baharu di Perlis yang melibatkan satu keluarga adalah generasi ketiga kluster PUI Sivanggangga selepas mendapat jangkitan daripada salah seorang ahli keluarga.

Beliau berkata, semua kes tersebut tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis untuk rawatan.

“Hasil siasatan mendapati bahawa salah satu ahli keluarga tersebut iaitu kes ke-9,054 dan kes generasi kedua adalah merupakan pelanggan tetap gerai milik kes ke-8,976 iaitu kes generasi pertama kluster ini.

“Ini menjadikan kes ke-9,054 sebagai kes generasi kedua dan 10 ahli keluarganya adalah generasi ketiga kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI