fbpx

Scha, Awal bakal timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awal dan Scha. Kredit Instagram Awal Ashaari

KUALA LUMPUR- Pasangan pelakon popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengumumkan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Menerusi satu kemas kini di laman Instagram milik Awal, bekas pengacara Melodi itu menunjukkan rakaman video anak sulungnya, Lara Alana memegang alat ujian kehamilan.

Lara Alana memegang kit ujian kehamilan ibunya.

 

“Alhamdulillah, tiada apa yang lebih menggembirakan di hari lahir saya hari ini apabila akhirnya dapat berkongsi berita gembira ini dengan anda semua.

“Insya-Allah, kami akan menimang anak kedua tidak lama lagi. Kandungan Scha baru memasuki bulan keempat, trimester kedua,”tulisnya lagi.

Tambah Awal, dia memohon agar semua peminat dapat mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi dalam kandungan sehingga selamat melahirkan kelak.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga ini pada 2012 ini mempunyai seorang anak perempuan, Lara yang kini berusia enam tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI