fbpx

Peranti elektronik jejas alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI peranti elektronik yang dibuang boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar kerana mempunyai bahan berbahaya. - Gambar hiasan

SEBILANGAN besar peranti elektronik yang dibuang menyebabkan bumi menjadi semakin berat.

Pada tahun 2014, masyarakat dunia secara kolektif membuang kira-kira 44.4 juta tan metrik alatan elektronik seperti telefon pintar, televisyen, bateri dan lain-lain.

Menurut Global E-Waste Monitor 2020, menjelang tahun 2030, jumlah itu dijangka meningkat sekitar 74.7 juta tan.

Data itu diperoleh berdasarkan perkongsian antara Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Sisa Pepejal Antarabangsa dan beberapa pertubuhan lain yang mengesan pengumpulan serpihan sisa peranti elektronik.

Kadar penggunaan peranti elektronik lebih tinggi serta kitaran hayatnya yang rendah mendorong kepada peningkatan tersebut.

Kebanyakan masyarakat dunia juga tidak mengitar semula peranti mereka dengan betul dan selamat. Daripada 53.6 juta tan sisa peranti elektronik yang dihasilkan pada tahun 2019 hanya 9.3 juta tan atau 17.4 peratus dikitar semula.

Peranti elektronik yang dibuang ini mengandungi bahan berbahaya seperti kadmium dan merkuri.
Selain itu, ia juga mengandungi bahan kimia penyejuk seperti klorofluorokarbon dan hidroklorofluorokarbon yang memberi kesan negatif terhadap alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI