fbpx

[VIDEO] Tular kereta tukar lorong rempuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman berdurasi 36 saat penunggang motosikal yang cedera tular dalam laman media sosial.

SUBANG JAYA – Satu rakaman video kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta Perodua Alza di Lebuh Raya Elite tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, punca kemalangan itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandu oleh seorang lelaki berusia awal 40-an mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong paling kiri untuk masuk ke susur keluar Seafield.

“Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi melibatkan seorang pemandu dari Port Dickson dalam perjalanan menghala ke Kota Kemuning melalui Lebuhraya Elite.

“Sebaik sahaja menukar lorong, sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia lewat 40-an telah melanggar bahagian pintu sebelah kiri kereta tersebut lalu terjatuh kerana tidak sempat mengelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Risikin menambah, sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang seorang lelaki berusia lewat 20-an kemudian tidak sempat memberhentikan motosikalnya dan merempuh mangsa yang baru terjatuh.

Katanya, kecederaan masih belum dapat dipastikan dan kedua-dua penunggang motosikal masih menerima rawatan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI