fbpx

[VIDEO] Kes jerut isteri, polis cari bukti di tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis membawa suspek kes jerut isteri ke lokasi tasik di Taman Putra Perdana bagi mencari bahan bukti untuk siasatan lanjut

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

SEPANG – Pasukan polis hari ini turun ke lokasi tasik Taman Putra Perdana bersama suspek bunuh kes jerut isteri bagi mencari bahan bukti berhubung siasatan.

Tinjauan mendapati, suspek berusia 41 tahun itu memakai baju lokap warna ungu serta bergari tiba ke lokasi sebelum jam 11 pagi.

Turut dikelihatan kira-kira empat orang memakai pakaian selaman dipercayai daripada Unit Selam Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari bukti tersebut di tasik.

Difahamkan, pencarian bukti membabitkan telefon jenis Samsung milik isteri suspek yang juga Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Maizatulnisa Othman, 40.

Ahad lalu Kosmo! melaporkan, mangsa dibunuh suaminya berusia 41 tahun dengan menjerut leher wanita itu menggunakan tudung yang dipakai dalam kejadian di Taman Mas, Putra Perdana dekat sini pada 29 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek bertindak menjerut leher mangsa kira-kira 10 minit sehingga mati di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna putih.

Beliau dilaporkan berkata, suspek kemudian membawa mayat mangsa menghala ke tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya kira-kira pukul 4.30 petang dan menukarkannya ke tempat pemandu serta meninggalkannya dalam keadaan enjin kereta dihidupkan.

Beliau berkata, bagaimanapun, suspek kemudian berpura-pura dan bertindak menghubungi MERS 999 pada awal pagi dan memberitahu isterinya tidak sedarkan diri di dalam kereta berhampiran tasik tersebut.

Suspek sebelum ini turut mengaku memecahkan telefon jenis Samsung milik mangsa menggunakan seketul batu bertujuan merosakkannya sebelum dibuang ke dalam tasik Taman Putra Perdana. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI