fbpx

Ibadah korban IPK Perak ikut peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada petugas melapah daging pada majlis korban IPK Perak di Ipoh hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Kemeriahan sambutan Aidiladha masih dirasai apabila sebanyak 10 ekor lembu dan dua ekor kambing dikorbankan pada ibadah korban kelolaan warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Program yang bermula pukul 8 pagi itu diadakan di perkarangan Surau Al Falah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini yang disaksikan Ketua Polis negeri. Datuk Razarudin Husain.

Menurut kenyataan IPK Perak, ibadah korban tersebut diadakan dalam keadaan suasana norma baharu dan pematuhan yang telah ditetapkan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kerja-kerja sembelihan dan melapah juga hanya melibatkan kira-kira 100 orang petugas sahaja.

“Daging korban kemudian diagih-agihkan kepada warga IPK Perak termasuk para asnaf,” ujar kenyataan tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Cawangan Khas negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Pahlawan Mazlan Santarai; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Anuar Othman dan Ketua Jabatan Pengurusan negeri, ACP Mohd Zaini Mat Yusof. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI