fbpx

Bank Muamalat tawar hadiah wang tunai RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1 juta melalui kempen terbaharunya, Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan pelanggan menabung dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada mereka untuk memenangi hadiah menarik.

Menurut beliau, kempen yang akan berlangsung selama setahun bermula 1 Ogos lalu hingga 31 Julai 2021 itu terbuka untuk semua pelanggan sedia ada dan baharu yang mempunyai akaun simpanan, akaun semasa dan akaun gaji di Bank Muamala.

“Kempen ini adalah kesinambungan daripada kempen pertama iaitu Simpan & Menang Kaw Kaw yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan baharu dan sedia ada,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Khairul menjelaskan, lebih daripada 900 hadiah menarik ditawarkan, termasuk hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM1,000,000, empat buah kereta premium popular iaitu Honda CRV, Honda Civic dan Proton X70 untuk cabutan suku tahunan.

Tambah beliau, hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk cabutan bulanan peringkat kebangsaan dan cabutan bulanan tempatan.

“Untuk kempen kali ini, Bank Muamalat turut memperkenalkan cabutan hadiah wang tunai bulanan khas untuk kategori pesara yang berumur 55 tahun ke atas,” jelasnya.

Khairul menerangkan, pemegang akaun yang menyimpan minimum RM100 dalam akaun Simpanan Bank Muamalat secara automatik dan juga bagi mereka yang menyimpan RM500 dalam Akaun Semasa.

Terdahulu, Bank Muamalat menyampaikan hadiah kepada empat (4) pemenang dari kempen sebelumnya, iaitu pemenang hadiah utama wang tunai bernilai RM1,000,000 dan 3 pemenang cabutan suku tahunan yang masing-masing menerima sebuah kereta Proton X70.

Semua hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Perbankan Konsumer, Encik Zury Rahimee Zainal Abiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI