fbpx

ATM tahan 6 PATI, 3 tekong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam PATI Indonesia antara yang ditahan ATM dalam Op Benteng pukul 10.30 malam semalam.

KUALA LUMPUR – Enam pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang tekong darat warga tempatan dan dua tekong laut warga Indonesia berjaya ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Op Benteng semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata, tangkapan turut melibatkan rampasan bernilai RM147,344.

“Tangkapan dilakukan di sektor kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) oleh Battalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) pada 2 Ogos pukul 10.30 malam.

“Kumpulan Quick Reaction Force (QRF) berjaya menangkap 6 orang PATI warganegara Indonesia yang dipercayai sedang menunggu bot untuk keluar dari Malaysia bersama seorang Tekong Darat warga tempatan di Persisiran Pantai Punggai, Bandar Penawar, Johor,” menurut kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi.

Katanya, semua PATI warganegara Indonesia dipercayai menunggu bot untuk keluar dari Malaysia bersama tekong darat tersebut di persisiran Pantai Punggai.

Kumpulan QRF seramai 5 orang kemudian menyusup bersama sekumpulan PATI bagi merapati kedudukan sebuah bot yang datang merapat ke pesisir pantai untuk mengambil mereka.

“Kesemua tangkapan merupakan lelaki dewasa berumur antara 25 hingga 52 tahun.

Turut dirampas adalah tujuh buah telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM 2,404 dan empat juta Rupiah, sebuah bot berserta enjin Yamaha 200 kuasa kuda menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 147,344,” jelas kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI