fbpx

Spurs mahu pertahan Ndombele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NDOMBELE menjadi buruan Inter tetapi Spurs belum bersedia untuk melepaskan khidmatnya. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur dikatakan tidak bersedia untuk melepaskan pemain tengah, Tanguy Ndombele pada jendela perpindahan kali ini meskipun menarik minat Inter Milan.

Berdasarkan laporan di Itali, pasukan Serie A itu sudah meng­hubungi Spurs bagi melakukan rundingan berhubung perpindahan pemain berusia 23 tahun berkenaan.

Inter juga dikatakan sedia untuk menawarkan salah seorang pemain mereka sama ada Marcelo Brozovic, Ivan Perisic atau Milan Skriniar bagi mendapatkan Ndombele.

Bagaimanapun, skuad kenda­lian Antonio Conte itu mungkin tidak mampu untuk memujuk Spurs memandangkan pasukan berkenaan sedia memberikan lebih masa kepada Ndombele untuk menyesuaikan diri.

Rakan sepasukan Ndombele di Spurs dan Perancis, Moussa Sissoko percaya, Ndombele yang dibawa masuk dengan kontrak enam tahun memiliki masa depan yang cukup cerah bersama pasukan itu.

“Saya ibarat abang kepada­nya, jadi saya tidak akan biarkan dia berdepan kesukaran. Saya adalah contoh terbaik kepadanya kerana turut berdepan prestasi tidak menentu pada mulanya.

“Saya sentiasa bercakap de­ngannya dan menasihati agar sabar dan bekerja keras setiap hari. Saya yakin masanya akan tiba satu hari nanti,” kata ­Sissoko. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI