fbpx

Puas hati dapat beli Mercedes-Benz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurin Afiqah Zulkifli

Pada usia 24 tahun, Nurin Afiqah Zulkifli telah berjaya membina tiga empayar perniagaan berasaskan kesihatan, fe­syen dan makanan.

Graduan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), itu juga mampu menggajikan kira-kira 20 pekerja untuk menguruskan ketiga-tiga perniagaannya.

Malah, pada Hari Bapa lalu, dia juga telah merealisasikan impian bapanya, Zulkifli Abd Kadir, 60, memiliki sebuah kereta jenis Mercedes-Benz GLC 200.

Selain berjaya dalam perniagaan, Nurin juga aktif dalam media sosial dan mempunyai lebih 324,000 pengikut di Instagram.

Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama gadis berasal dari Shah Alam, Selangor itu:

 

Nurin bersyukur dapat menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz kepada ayahnya.

 

Kosmo! Ahad: Bagaimana Nurin berjaya membina tiga empayar perniagaan dalam usia muda?

Nurin: Idea untuk memulakan perniagaan ini bermula selepas saya menjadi jurulatih zumba di samping menjadi model sambilan ketika berumur 18 tahun.

Susulan itu, duit hasil daripada menjadi jurulatih zumba dan model saya gunakan untuk mulakan perniagaan pada 2019.

Boleh terangkan jenis perniagaan dan produk yang dikeluarkan?

Tiga jenis perniagaan itu ialah makanan, fesyen dan produk kesihatan dan kecantikan.

Dalam bidang makanan, produk diasaskan dibawah jenama Ropis Rangup, fesyen (Nada Identity) serta kesihatan dan kecantikan (Naui).

Bagaimanakah Nurin berjaya menguruskan ketiga-tiga perniagaan?

Pasukan saya (kira-kira 20 orang) banyak membantu.

Selain perniagaan, apakah aktiviti harian Nurin?

Saya sering melakukan aktiviti zumba sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Selain Zumba, apakah hobi Nurin?

Saya akan melancong sekurang-kurangnya tiga kali setahun ke luar negara bersama kawan-kawan.
Tahun ini kami hanya sempat ke Korea Selatan pada awal Januari lalu sebelum penularan pandemik Covid-19.

Apakah impian dan cita-cita Nurin?

Sebenarnya, saya telah berjaya merealisasikan salah satu impian iaitu untuk mengha­diahkan sebuah kereta Mercedes Benz kepada ayah.

Nurin juga ingin meluaskan lagi cabang perniagaan.

Siapa dorong untuk berniaga?

Ahli keluarga terutamanya bapa.

 

Nurin memiliki pakej sebagai wanita berilmu, bijak dan bergaya.

 

Bagaimanakah perwatakan Nurin?

Saya jenis suka berniaga dan akan berusaha mencapai sesuatu yang diingini.

Bagaimanakah Nurin menggunakan media sosial untuk menarik pengikut?

Saya jadikan Instagram untuk muat naik semua aktiviti harian.

Tiada perancangan untuk sambung belajar?

Saya ingin memiliki MBA (Master in Bussiness Admin).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI