fbpx

Pemuda urus 30 ekor lembu tenusu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Ridzuan menunjukkan sebahagian daripada produk tenusu yang dihasilkan oleh syarikatnya ketika ditemui baru-baru ini

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Pemuda berjiwa besar ini pernah menolak tawaran untuk menyambung pengajiannya di peringkat ijazah dalam jurusan Pengurusan Ladang dan Agroteknologi beberapa tahun lalu semata-mata ingin menyambung legasi bapanya dalam bidang penternakan lembu dan kambing.

Penternak muda, Muhammad Ridzuan Abdul Razak, 27, berkata, dia tidak pernah mengalah biarpun pernah mengalami kerugian besar selepas 48 ekor kambing tenusu miliknya terpaksa dilupuskan akibat penyakit tiga tahun lalu.

“Namun, ketika ini saya memiliki kira-kira 30 ekor lembu tenusu termasuk seekor lembu jantan induk dengan sebahagian besar daripadanya diimport dari Australia selain beberapa ekor kambing tenusu yang lain.

“Saya turut menjual produk susu segar asli berpasteur pelbagai perisa termasuk susu kurma serta dadih hasil daripada penternakan itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di ladangnya di Kampung Padang Lalang, di sini baru-baru ini.

Menurut Muhammad Ridzuan, sebagai perancangan untuk masa akan datang, dia menjangkakan meningkatkan pengeluaran untuk menjual sehingga 300 liter (l) susu sehari berbanding hanya 200 l pada ketika ini.

“Saya juga memiliki enam pekerja yang rata-rata terdiri dalam kalangan saudara serta penduduk setempat.

“Ketika ini, produk tenusu keluaran syarikat saya bukan sahaja boleh didapati di sekitar negeri ini, malah telah dipasarkan ke beberapa lokasi di Kedah, Perlis dan utara Perak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI