fbpx
Tya turut berkongsi nama bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada 20 Julai lalu sebagai Maleeq Mikayl.

Maleeq Mikayl nama anak Shukri Yahaya

  • Oleh NOR ERYANI YUSUP
  • 2 Ogos 2020, 7:46 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas dua minggu melahirkan anak keduanya, isteri kepada aktor Shukri Yahaya berkongsi wajah bayi mereka kepada peminat menerusi Instagram sebentar tadi.

Tya, 28, turut berkongsi nama bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada 20 Julai lalu sebagai Maleeq Mikayl.

Menerusi perkongsian itu juga, Tya menceritakan berlaku satu kejadian saspens ketika dia sedang berada di dalam dewan bersalin sebelum melahirkan Maleeq.

“Masa mommy nak bersalin, saya ada buat gimik sikit dalam bilik bersalin. Sampai semua doktor dan jururawat cuak jadinya.

“Nakal kan saya? Gimik apa ya? Nanti suruh mommy ceritakan okay,” tulis Tya sambil memuat naik video Maleeq selepas tiga jam dilahirkan.

Tya melahirkan Maleeq secara normal dengan berat 2.78 kilogram.

Terdahulu, Shukri dan Tya yang mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan anak sulung, Aaira Ameena pada 2016. – K! ONLINE