fbpx

MN Selangor selesai bahagi 90 peratus kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA SELANGOR – Muafakat Nasional (MN) Selangor telah selesai 90 peratus pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pembahagian itu hasil perbincangan di antara parti komponen MN di peringkat Parlimen dan DUN.

“Kita agihkan kerusi secara adil dan kita ada beri kerusi juga kepada Bersatu.

“Senarai kerusi ini, kami sudah serahkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bulan lalu,” katanya selepas menghadiri program korban anjuran UMNO bahagian Tanjong Karang di Masjid Jamek Sungai Burong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, Mohamed Azmin akan mengadakan satu mesyuarat sebelum satu keputusan muktamad dibuat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI