fbpx
Abidin Madingkir

UPKO pecat Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Kinabalu (UPKO) memecat naib presiden parti itu, Datuk Abidin Madingkir.

Keputusan berkenaan dibuat Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan itu didapati terlibat bersama bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman untuk cuba mengambil alih kerajaan Sabah.

Terdahulu, Abidin antara sekumpulan ADUN yang berpaling tadah untuk memberi sokongan kepada Musa bagi merampas kerajaan negeri.

Bagaimanapun, usaha itu gagal selepas ketua menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pagi semalam. – K! ONLINE

POPULAR