fbpx

Maqis rampas tiga pokok kaktus dari Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara produk pertanian yang dirampas MAQIS Pulau Pinang dalam pemeriksan di Pejabat Pos Bukit Mertajam, Seberang Perai kelmarin.

SEBERANG PERAI – Tiga pokok kaktus dan herba campuran antara yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam pemeriksaan di Pejabat Pos Malaysia, Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Barangan berkenaan dirampas dalam operasi bermula kira-kira pukul 11 pagi itu selepas didapati tiada permit import yang sah daripada MAQIS dan Sijil Fitosanitasi.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, keluaran pertanian berkenaan dirampas pihaknya daripada beberapa bungkusan yang dikirimkan dari luar negara.

“Ia didapati berisi pelbagai jenis herba campuran dari China dan Hong Kong seberat 1,750 gram yang bernilai RM470.

“Selain itu, terdapat satu kotak yang mengandungi tiga pokok kaktus yang diimport dari Itali dengan nilai dagangan sebanyak RM590,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zarina berkata, pihaknya turut mendapati satu pasangan warga tempatan yang mengimport 360 paket makanan tambahan haiwan dari Belanda bernilai RM1,270 dalam pemeriksaan di lokasi sama pada Selasa.

“Pengimportan tersebut tiada sebarang dokumen yang sah seperti Permit Import dan Sijil Akta Makanan Haiwan 2009,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perbuatan mengimport apa-apa keluaran pertanian dan makanan haiwan tanpa permit import yang sah adalah menjadi kesalahan dibawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI