fbpx

Amy Kwan bersara umur 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMY mungkin memilih bidang kejurulatihan selepas mengambil keputusan bersara.

KUALA LUMPUR – Olahragawati Kebangsaan 2018, Amy Kwan Dict Weng mengumumkan persaraannya sebagai gimnas kebangsaan selepas 21 tahun menceburkan diri dalam sukan gimnastik artistik.

Pengumuman itu dibuat Amy Kwan, 25, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook peribadinya sebentar tadi.

“Saya akan beralih ke episod baharu dalam kehidupan saya selepas 21 tahun sebagai atlet gimnastik artistik.

“Air mata, darah, kecederaan, pembedahan dan terlalu banyak detik yang hampir memaksa untuk berputus asa tetapi segala kesulitan ini telah menguatkan saya untuk sampai ke tahap ini.

“Saya minta maaf kalau mengecewakan anda semua kerana bersara pada usia muda. Ini bukan perancangan saya tetapi mungkin ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya.

Amy Kwan pernah menjuarai satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Atlet dari Selangor itu turut memberi bayangan akan beralih ke bidang kejurulatihan pula selepas ini.

“Jangan bersedih, saya masih lagi melibatkan diri dalam sukan ini. Sekarang masanya untuk saya mencurahkan ilmu kepada generasi seterusnya,” jelas pemenang dua pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI