fbpx

[VIDEO] UPKO sokong tindakan pembubaran DUN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madius ketika sidang akhbar sejurus tiba di KKIA petang ini. - Foto oleh IVAN AMIRUL

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyokong tindakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Presiden UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, tindakan berkenaan adalah suatu langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik Sabah yang berlaku kini.

“Ada pihak yang tidak habis-habis membeli wakil rakyat sehingga ke saat ini.

“Rakyat kita ketika ini memerlukan pembelaan dan layanan daripada kerajaan tetapi kacau pula dia buat.

“Oleh itu, ini cara sebaiknya dengan mengembalikan mandat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) daripada Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang bertindak menyokong parti lawan, Madius hanya mengucapkan yang terbaik kepada beliau tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu, Madius menyatakan UPKO bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan sentiasa bersama rakyat.

“Persediaan itu sememangnya ada sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu lagi.

“Kita amat yakin boleh meraih kemenangan kerana bekerjasama erat bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga sentiasa ada,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI