fbpx

Potret ketiga Rembrandt dilelong RM79.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKISAN potret Rembrandt berjudul Self-portrait wearing a ruff and black hat dijual di London, England kelmarin. – SOTHEBY’S / AFP

LONDON – Salah satu daripada tiga potret karya pelukis Belanda, Rembrandt dilelong pada harga £14.5 juta (RM79.6 juta) menerusi satu acara jualan di sini kelmarin.

Potret berjudul Self-portrait wearing a ruff and black hat itu mencipta rekod jualan antara tertinggi bagi karya agung Rembrandt.

Lukisan itu dilelong bersama 71 barangan lain menerusi koleksi Rembrandt to Richter oleh rumah lelongan Sotheby’s. Harga anggaran asal potret itu ialah antara £12 juta hingga £16 juta (RM69.5 juta hingga RM87.9juta).

Sotheby’s berkata, proses jualan bermula dengan enam pihak pembida membuat pertaruhan. Sebelum ini, potret itu diberi pinjam untuk dipamerkan di Galeri Kebangsaan Scotland.

Karya itu dihasilkan pada akhir tahun 1632 semasa Rembrandt berumur 26 tahun. Pelukis itu sempat menghasilkan 80 karya sepanjang kariernya.

Sebelum ini, Sotheby’s di New York berjaya menjual potret Saint James the Greater pada harga AS$25.8 juta (RM109.5 juta).

Potret berjudul Study of the Head and Clasped Hands of a Young Man as Christ in Prayer oleh Rembrandt mencatat harga £9,480,800 (RM52 juta) pada 2018. – AFP/SOTHEBY’S

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI