fbpx

Penyampai Hot FM, Shuk Sahar didakwa curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Shuk bersama wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya.

KUALA LUMPUR – Belum reda dengan kontroversi pelakon baharu Alya Iman yang bercinta dengan suami orang, kini nama penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar pula menjadi bualan netizen selepas didakwa berlaku curang dengan seorang wanita.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter yang mendedahkan wanita yang dimaksudkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Shuk dikenali sebagai Fara Salleh.

Namun difahamkan, perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan wanita itu dikatakan pernah berbincang secara baik dengan penggoda suaminya.

Sejurus kontroversi itu bertebaran dalam media sosial, laman Instagram Shuk terus diserang netizen yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan lelaki itu.

Bagaimanapun pengacara program realiti I Can See Your Voice itu menutup ruangan komen pada perkongsian terkininya dalam Instagram.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shuk juga tidak berhasil apabila dia mematikan telefonnya.

Fara Salleh sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi selepas dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI