fbpx

Patuhi SOP sepanjang Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian kepada penerima sambil diperhati Nasruddin (kiri) pada program Yadim Peduli : Cuci-cuci dan Musa'adah Pasca Covid-19 di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah, Kubang Lembik, Manir dekat Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Umat Islam di negara ini diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah ditetapkan kerajaan bagi mengelak kewujudkan kluster baharu sepanjang Aidiladha ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sebarang kealpaan orang ramai terutama sewaktu melaksanakan ibadah korban dan solat sunat Aidiladha dikhuatiri boleh mewujudkan kluster baharu Covid-19.

“Kita telah mengeluarkan SOP lengkap ibadah korban yang boleh dilihat melalui laman web, Facebook dan Instagram kementerian.

“Jaga perkara ini (patuhi SOP), kita tidak mahu ada kluster berkaitan ibadah berlaku lagi,” katanya selepas melancarkan program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli : Cuci-cuci dan Musa’adah Pasca Covid-19 di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah, Kubang Lembik, Manir dekat sini hari ini.

Dalam program yang turut dihadiri Pengerusi Yadim, Nasruddin Hassan itu, beliau menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan asnaf yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Begitu pun, Zulkifli mempunyai keyakinan tinggi terhadap rakyat negara ini khususnya umat Islam yang telah menunjukkan kepatuhan tinggi terhadap peraturan normal baharu sejak kelonggaran beribadat di masjid kembali diberikan kerajaan baru-baru ini.

Ujar beliau, pemantauan pihaknya mendapati pematuhan jemaah masjid terhadap SOP digariskan kerajaan amat tinggi iaitu 99.5 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI