fbpx

Ular sawa baham ayam ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Seekor ular sawa batik seberat 20 kilogram (kg) yang kekenyangan selepas membaham ayam berjaya ditangkap di sebuah reban di Ban 4 di sini, semalam.

Kejadian disedari pemilik ayam yang melihat reptilia sepanjang tiga meter itu melingkari palang kayu pada pukul 3.50 petang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, seramai empat anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Setibanya di reban itu, kami mendapati ular tersebut telah kekenyangan membaham seekor daripada 10 ayam ternakan.

“Kami kemudian terpaksa merangkak untuk menangkap ular itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, operasi penangkapan mengambil masa selama 10 minit berikutan saiz ular agak besar dan mengelakkan reptilia itu bertindak agresif.

Suzaini menjelaskan ular itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI