fbpx

PSG terpaksa lupakan khidmat Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE mengalami kecederaan buku lali akibat diterjah pemain Saint-Etienne pada aksi final Piala Perancis Jumaat lalu. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe terlepas aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atalanta di Lisbon pada 12 Ogos ini.

Ia gara-gara kecederaan buku lali dialami penyerang prolifik berusia 21 tahun itu sewaktu ber­aksi bersama PSG menentang Saint-Etienne pada aksi ­final Piala Perancis, Jumaat lalu.

Pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu terpaksa meninggalkan padang sambil menangis akibat terjahan keras daripada kapten Etienne, Loic Perrin dalam separuh masa pertama aksi yang menyaksikan PSG menang 1-0.

“Kami terpaksa menerima hakikat ini. Kami berjaya menjulang trofi ini tetapi dalam masa sama kami kehilangan Mbappe untuk perlawanan yang lebih penting,” kata ketua jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

Berdasarkan hasil ujian imbasan, pasukan perubatan PSG mengesahkan Mbappe perlu berehat sekurang-kurangnya tiga minggu untuk kembali pulih.

PSG terpaksa meletakkan tanggungjawab kepada seorang lagi penyerang sensasinya, ­Neymar untuk menggempur kubu Atalanta.

Hanya kemenangan ke atas Atalanta akan membolehkan Tuchel menggunakan semula khidmat Mbappe pada aksi separuh akhir.

Disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19, peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas ini akan menggunakan format kalah mati dan semua perlawanan akan dijalankan di Lisbon, Portugal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI