fbpx

Pencuri sport rim diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

KLANG – Kelicikan dua remaja mencuri rim aloi (sport rim) motosikal di sebuah pangsapuri di daerah ini berakhir selepas ditahan dalam dua operasi berasingan, kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 13 dan 14 tahun ditahan dalam tempoh selang tiga jam bermula pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kehilangan sport rim dan tayar pada motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam tempoh dua hari berturut-turut di lokasi yang sama.

Katanya, tangkapan pertama dilakukan di Jalan Persiaran Sireh Junjung, Pelabuhan ketika suspek menaiki motosikal jenis Honda EX5.

“Soal-siasat terhadap suspek kemudiannya membawa penemuan sepasang sport rim berwarna hitam di yang disimpan di Kampung Sungai Udang di sini.

“Hasil soal-siasat juga membawa penangkapan rakan suspek yang tinggal di kawasan pangsapuri yang merupakan lokasi kecurian berlaku itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek mengakui melakukan jenayah tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI