fbpx

MPK lupus arak, DVD dan VCD haram bernilai RM11, 685

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadzli (kiri) melupuskan barang sitaan melibatkan arak, cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak berjumlah RM11,685 di stor Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini melupuskan 1,771 unit barang sitaan melibatkan arak, cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak berjumlah RM11,685.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, kesemua barangan tersebut diperolehi hasil sitaan terhadp 15 premis yang didapati melakukan pelanggaran undang-undang yang ditetapkan pihaknya bermula November 2019 hingga Februari lalu.

Katanya, pelupusan itu dijalankan mengikut kaedah justifikasi dan klasifikasi barang sitaan yang ditetapkan di bawah prosedur ISO 9001:2015.

“Penyitaan 531 botol arak itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) Pelesenan Establisymen Makanan 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Manakala, sitaan 1,230 keping DVD dan VCD mengikut UUK 3 Penjaja 2007 kerana menjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen,” katanya pada sidang akhbar di stor Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan pihaknya turut mengenal pasti lokasi ‘panas’ mengenai aktiviti haram tersebut termasuk kesalahan iklan tanpa permit.

“Ia melibatkan kawasan pekan Kapar, Meru, Taman Sentosa dan pusat bandar Klang bagi kesalahan menjual arak tanpa lesen.

“Manakala, aktiviti menjual DVD dan VCD cetak rompak serta iklan tanpa permit dikesan di kawasan pasar malam, pasar pagi dan hadapan premis nombor ramalan serta bank di daerah ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI