fbpx
KLOPP dipilih sebagai pengurus tahunan terbaik selepas berjaya mengemudi Liverpool menamatkan penantian 30 tahun menjulang gelaran EPL musim ini. – AFP

Klopp raih kegembiraan berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui sangat teruja selepas dipilih sebagai Pengurus Tahunan Terbaik Persatuan Pengurus Liga (LMA) susulan kejayaannya menamatkan penantian 30 tahun kelab untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebagai rekod, skuad Liver­pool berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara dengan jurang 18 mata berban­ding pencabar terdekat, Manchester City pada saingan EPL musim ini.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kerana ini merupakan penghargaan tertinggi dan meraih Trofi Alex Ferguson adalah sesuatu yang menakjubkan kerana beliau (Alex Ferguson) sangat saya hormati. Lebih manis, ia adalah hasil undian semua rakan sejawat di England.

“Malah, ramai bekas pengurus Liverpool yang berjaya menjuarai trofi ini seperti Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Kenny Dalglish, Brendan Rodgers dan saya tidak sangka dapat mengikuti jejak langkah mereka,” kata pengendali kelahiran Jerman itu.

Sementara itu, Ferguson yang merupakan bekas pengurus Manchester United mengakui Klopp adalah pengendali terbaik di EPL ketika ini dan berhak me­nerima penghargaan tersebut.

“Tahniah diucapkan kepada Jurgen Klopp kerana berjaya menamatkan kemarau gelaran liga Liverpool selama 30 tahun. Anda adalah jurulatih yang luar biasa kerana membantu pasukan Liver­pool kekal konsisten sepanjang musim,” katanya. – AGENSI

POPULAR