fbpx

PKR tuntut RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin.

KUALA LUMPUR- Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin antara Ahli Parlimen yang berhadapan dengan tuntutan RM10 juta daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

PKR telah mengarahkan peguam untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada 20 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menuntut RM10 Juta daripada setiap seorang. 

Bendahari PKR, Lee Chean Chung berkata, pampasan tersebut disepakati oleh semua yang dinamakan kerana berpaling daripada parti dan menggunakan kerusi untuk kepentingan peribadi.

“Surat tuntutan meminta mereka membayar jumlah tersebut selewat-lewatnya tujuh hari. 

“Sekiranya mereka gagal membayar dalam waktu dan cara yang ditentukan, PKR telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan proses yang sesuai terhadap mereka untuk mendapatkan kembali pampasan yang dituntut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nama-nama Ahli Parlimen dan ADUN yang terlibat adalah seperti berikut: 

1 Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak) 

2 Zuraida Kamaruddin (Ampang) 

3 Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 

4 Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak) 

5 Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal) 

6 Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat)

7 Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat)

8 Ali Biju (Saratok) 

9 Jonathan Yasin (Ranau)

10 Dr Chong Fat Full (Pemanis)

11 Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia)

12 Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Krau)

13 Muhammad Hilman Bin Idham (Gombak Setia)

14 Baru Bian (Selangau) 

15 Azman Nasrudin (Lunas)

16 Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam)

17 Dr Afif bin Bahardin (Seberang Jaya)

18 Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya)

19 Daroyah binti Alwi (Sementa)

20 Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh)

-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI