fbpx

Polis rampas dadah bernilai RM25.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Ramli (kiri) menunjukkan dadah bernilai RM25.6 juta yang dirampas polis pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah terbesar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM25.6 juta.

Serbuan Ops Heron dan Ops Watercress itu dilakukan bermula 22 hingga 24 Julai membabitkan 13 serbuan di sekitar Selangor, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, seramai 23 suspek berusia lingkungan 25 hingga 57 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan menyeludup dadah ke Indonesia dan Sabah dan aktif sejak sembilan bulan lalu.

“Polis merampas 296.8 kilogram dadah pelbagai jenis serta wang tunai kira-kira RM1.2 juta dalam 13 serbuan terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kesemua suspek ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI