fbpx

PDRM mahu penyokong patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi arahan kepada orang awam yang berada di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur supaya mematuhi dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Pihak PDRM mengarahkan orang ramai untuk sentiasa menjaga jarak antara satu sama lain dan memakai pelitup muka.

Arahan tersebut diberi Pihak PDRM pada pukul 11.05 pagi dengan menggunakan pembesar suara pada kereta peronda polis.

Difahamkan, keadaan di sekitar mahkamah dibanjiri penyokong setia kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, beliau mengarahkan kesemua pegawai dan anggota yang bertugas untuk memantau keadaan di sekeliling mahkamah.

“Seluruh anggota akan sentiasa memberi peringatan kepada kesemua individu termasuk orang awam dan juga para media untuk menjaga penjarakan sosial,” ujarnya kepada pemberita di luar pekarangan mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI