fbpx

Pavithra masih ikon Bandaraya Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAIZI (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Pavithra semasa diumumkan sebagai Ikon Bandaraya Ipoh pada Isnin minggu lalu.

IPOH – Pengiktirafan Ikon Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada YouTuber masakan, S. Pavithra tidak akan ditarik balik kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ini kerana pihaknya juga tidak ada menerima apa-apa permohonan secara rasmi daripada Pavithra berhubung penolakan tersebut melainkan kenyataan daripada beliau yang disampaikan kepada media sahaja.

Menurut beliau, justeru isu penarikan balik pengiktirafan tersebut kepada Pavithra, 28, yang merupakan anak kelahiran Buntong dekat sini tidak pernah dibincangkan.

“Pengiktirafan yang kita anugerahkan itu masih kekal. Tiada perubahan.

“Biarpun kita ada membaca kenyataan Pavithra sepertimana disiarkan dalam media baru-baru ini tetapi tiada penolakan secara rasmi yang dibuat oleh beliau,” ujarnya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pasangan YouTuber masakan sensasi, Pavithra dan suaminya, M. Sugu, 29, mengambil keputusan untuk menolak pengiktirafan menjadi Ikon Bandaraya Ipoh yang diumumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Isnin minggu lalu susulan kemelut rumahtangga mereka.

Pavithra berkata, mereka mahu fokus pada program masakan kendalian di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.

Dalam satu majlis di Ipoh Isnin lalu, pasangan berkenaan dijemput untuk menerima pengiktirafan ikon selepas kejayaan mereka membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut di YouTube.

Bagaimana pun, anugerah ini dikatakan menjadi punca Sugu naik berang hingga mencederakan isterinya dalam satu kejadian di pekarangan Hospital Raja Perempuan Bainun di sini pada Rabu minggu lalu.

Akibatkan tindakan tersebut, Sugu didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah Selasa minggu lepas kerana memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan hulu sabit dan telefon bimbit. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI