fbpx

Tiada istilah orang ketiga – Achey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACHEY

SUDAH hampir enam bulan sejak Allahyarham Abam Bocey atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan meninggal dunia akibat demam panas berterusan.

Perjuangan Bocey yang dahulunya bertiga kini diteruskan oleh dua orang ahli yang tinggal iaitu Achey dan Fad yang enggan menguburkan nama kumpulan tersebut.

Biarpun mereka berdua agak sibuk dengan urusan masing-masing tetapi nama Bocey masih menjadi keutamaan terutama dalam industri lawak tanah air.

Ditemui pada pelancaran Sugarbomb X Achey X LUPK di Ruang, Shah Alam, baru-baru ini, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah berkata, mereka tidak pernah terfikir untuk mencari ahli baharu bagi mengganti tempat arwah Abam.

KOSMO!: Mengapakah anda tidak mahu mencari ahli baharu dalam kumpulan Bocey?

ACHEY: Saya dan Fad sudah nekad serta bersetuju untuk kekalkan nama Bocey sampai bila-bila. Memasukkan ahli baharu bermakna nama kumpulan perlu ditukar jadi kami tidak mahu Bocey hilang atau terkubur. Selagi ada kudrat kami, Bocey tetap wujud dalam industri hiburan tempatan.

 

Pemergian Abam (kiri) meninggalkan kesan mendalam terhadap dua anggota kumpulan Bocey, Achey (tengah) dan Fad (kanan sekali).

 

Adakah ini bermakna Bocey sedia menyertai mana-mana pertandingan lawak selepas ini?

Ya, kami akan masuk menggunakan nama Bocey. Tidak kisah andai kami tewas awal atau lawak kami sudah kurang menyengat apabila hanya ada dua orang, itu bukan keutamaan.
Apa yang penting, saya tidak mahu peminat lupakan Bocey dan arwah Abam.

Bagaimana dengan perancangan kumpulan Bocey setakat ini?
Buat masa sekarang, saya dengan Fad sedang menguruskan beberapa urusan berkenaan kerjaya solo kami.
Apabila semua sudah selesai, baru kami akan membuat perancangan tentang langkah seterusnya buat Bocey.

Selain mengekalkan nama Bocey, bagaimana lagi anda membantu balu atau keluarga Abam?
Setakat ini, saya sudah menjalankan tanggungjawab menyelesaikan dua tugasan Abam yang tidak sempat disempurnakannya.
Tugasan itu berkenaan ulasan produk dalam laman Instagram dan seperti yang saya serta Fad beritahu sebelum ini, kami buat secara percuma.
Alhamdulillah, ulasan itu mendapat sambutan hangat dan pemilik produk juga berpuas hati.

Adakah anda masih berhubung rapat dengan balu arwah iaitu Hidayah dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey?
Ya, saya dan Fad tidak pernah lupa bertanya khabar mereka berdua. Kebiasaannya, isteri saya, Anne yang banyak berhubung dengan Hidayah bagi bertanya khabar.  Balu arwah kini giat berniaga, jadi saya selalu juga turun ke gerainya untuk membantu menarik pelanggan. Bukan mereka sahaja, saya juga sering berhubung dengan adik Abam, Syed Ali untuk bertanya keadaan ibu arwah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI