fbpx

Selangor bersedia hadapi PKP semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN (tengah) merasmikan Program Publisiti Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan MBSA di Pusat Konvesyen Setia Alam, Shah Alam, hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Selangor bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan bersama pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) dan Jabatan Kesihatan negeri dalam tempoh terdekat.

“Ia lebih kepada matlamat jangka masa panjang sehingga vaksin ditemui dan kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan pelaksanaan semula PKP itu,” katanya selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan akan melaksanakan semula PKP sekiranya kes COVID-19 kembali mencecah tiga angka bagi membendung penularan pandemik tersebut.

Menurut Amirudin, kerajaan negeri masih memfokuskan kepada kaedah kawalan dan pemantauan yang dilakukan pihak berkuasa tempatanbagi memastikan rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Namun, jumlah penguat kuasa terhad untuk menjalankan pemantauan dan kepatuhan orang awam amat penting ketika ini,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada ekonomi Selangor akan terjejas jika PKP dilaksanakan semula, beliau tidak menafikannya namun yakin kemudahan infrastruktur seperti jaringan internet di bandar utama masih berfungsi secara meluas untuk menggerakkan operasi perniagaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI