fbpx

Quartararo ulangi magis pada GP Andalusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO mengulangi pencapaian cemerlang minggu lalu apabila sekali lagi menjuarai GP Andalusia di Litar Jerez, Sepanyol semalam. – Foto Petronas Yamaha SRT

PELUMBA pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Fabio Quartararo terus cemerlang pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Andalusia di Litar Jerez, Sepanyol semalam.

Pelumba muda dari Perancis yang masih segar dengan kemenangan GP Sepanyol di litar sama minggu lalu langsung tidak memberi ruang kepada pelumba lain apabila menguasai sepenuhnya perlumbaan tersebut.

Meskipun diberi saingan oleh pelumba Movistar Yamaha, Ma­verick Vinales pada awal saingan, namun dia tetap tenang memim­pin perlumbaan sebelum menjarakkan diri dengan pelumba di belakang untuk muncul juara.

Menerusi kemenangan itu, Quartararo kini mendahului carta kejuaraan dunia dengan 50 mata, diikuti Vinales di kedudukan kedua yang mengumpul 40 mata manakala pelumba Ducati, Andrea Dovizioso di tangga ketiga dengan 26 mata.

“Saya berasa sangat hebat dan gembira kerana mencatatkan kemenangan berturut-turut. Terima kasih kepada pasukan yang sudah bekerja keras dalam menyediakan jentera untuk perlumbaan hari ini (semalam).

“Walaupun satu perlumbaan yang sukar, namun saya masih mampu mengekalkan ketenangan untuk menjarakkan diri dengan pelumba-pelumba lain,” katanya sejurus tamat perlumbaan itu.

Sementara itu, juara enam kali MotoGP, Marc Marquez terpaksa menarik diri daripada perlumbaan tersebut kerana masih belum pulih daripada kecederaan sebelum ini.

Terdahulu, pelumba pasukan Repsol Honda itu beraksi beberapa pusingan pada sesi kelayakan pertama kelmarin sebelum menamatkan saingan lebih awal gara-gara kesakitan yang dialami.

Ketiadaan Marquez sekali gus membuka peluang kepada pelumba-pelumba lain dalam pere­butan takhta kejuaraan musim ini seperti yang dinyatakan pelumba veteran, Valentino Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI