fbpx

Pesara guru wanita rugi RM1.07 juta ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pesara guru kerugian kira-kira RM1.07 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang kononya mangsa terlibat kes pengubahan wang haram.

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, wanita berusia 71 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada individu mendakwa kakitangan Pos Laju yang memaklumkan ada bungkusan dipos dari Kepong ke Sabah mengandungi kad pengenalan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faizal berkata, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki dikenali sebagai Sarjan Chong Sin Hadari dari Kontinjen Sabah yang mendakwa butiran peribadi mangsa telah digunakan seorang bekas pengurus bank bagi tujuan pengubahan wang haram.

Katanya, takut dirinya ditahan mangsa memindahkan wang simpanannya kira-kira RM1.07 juta ke 10 akaun syarikat berbeza yang diberikan suspek.

“Transaksi itu dibuat sejak 15 Jun hingga 23 Julai lalu sebelum disedari dirinya tertipu.

“Mangsa tampil membuat laporan semalam dan siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan termasuk mengesan pemilik akaun,” katanya pada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI