fbpx

Geng Shahrul Susu masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AA Anbalagan (tengah) pada sidang akhbar tangkapan Geng Shahrul Susu dan rampasan barangan curi di IPD BD di sini sebentar tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah dan curi motosikal dikenali Geng Shahrul Susu selepas menahan dua lelaki pada Selasa lalu.

Suspek berusia 25 dan 35 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan pecah masuk sebuah tadika di Lebuh Sri Genting, di sini kira-kira pukul 8.20 pagi sehari sebelum mereka ditangkap.

Menurutnya, siasatan polis mendapati pintu besi dan ‘sliding’ pada bahagian hadapan tadika telah diumpil serta kehilangan dua buah komputer riba turut dilaporkan.

“Susulan laporan, kita berjaya menahan suspek pertama iaitu dalang geng di tepi Jalan Teluk Bahang manakala rakannya di lokasi berhampiran.

“Pemeriksaan di kediaman suspek kedua telah menemui barangan kes termasuk rangka serta motosikal dipercayai hasil curi. Suspek mengaku terlibat dalam kejadian curi di sekitar Balik Pulau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihak polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes jenayah iaitu tujuh kes pecah premis dan sembilan curi motosikal membabitkan kumpulan terbabit.

Kedua-dua suspek yang berasal dari Balik Pulau kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, 379 A(1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI