fbpx

27 etnik Rohingya ditemui bersembunyi di Pulau Rebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang dikhuatiri lemas ditemui selamat di Pulau rebak Besar di sini semalam.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, kesemua mereka ditemui selamat oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

“Berikutan aduan diterima daripada seorang nelayan tempatan yang menemui seorang lelaki Rohingya di Pulau Rebak Besar, sebuah aset bot Kilat APMM telah digerakkan ke lokasi.

“Hasil siasatan ke atas lelaki itu mendapati terdapat 26 lagi PATI daripda etnik sama di pulau persendirian tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, operasi SAR dihentikan ekoran penemuan kesemua etnik Rohingya tersebut.-K! ONLINE

-habis

POPULAR

BERITA BERKAITAN