
Pandemik Covid-19 yang meĀlanda negara baru-baru ini telah memberi impak dahsyat kepada rizab kewangan kebanyakan isi rumah.
Kini, dengan kebanyakan industri telah dibuka dan ramai yang mula kembali bekerja, wajar bagi kita membina semula daya tahan kewangan masing-masing untuk menghadapi sebarang cabaran dan ketidaktentuan ekonomi pada masa depan.
Dengan pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman bank sehingga Oktober, sekarang mungkin masa terbaik untuk menyimpan sekiranya ada wang lebihan.
Penanda aras biasa yang turut diamalkan masyarakat antarabangsa ialah kita perlu memiliki simpanan yang mencukupi untuk bertahan selama enam bulan.
Namun, dalam suasana norma baharu sekarang, pasti ada yang ingin menilai semula di mana tempatnya wang simpanan perlu diletakkan, dengan kadar dasar semalaman (OPR) telah dikurangkan oleh Bank Negara kepada 1.75 mata malah ramai berpandangan ia akan direndahkan lagi.
Menyimpan wang dalam akaun simpanan biasa sebenarĀnya adalah lebih kepada untuk memberi kemudahan kerana ia cuma memberi faedah sekitar 0.02 peratus setahun.
Bagi Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul LaĀtiff, Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan tempat menarik bagi golongan bumiputera menyimpan wang mereka.
āASB merupakan salah satu daripada pelaburan yang paĀling konsisten dari segi pulangan faedah dan bonus sepanjang 10 tahun kebelakangan ini.
āIa wajar diberi keutamaan disebabkan risiko yang rendah dan mudah dikeluarkan sekiranya ada keperluan.
āMeskipun pelaburan Permodalan Nasional Bhd. (PNB, pemilik syarikat pengurusan unit ASB) banyak memfokuskan kepada pasaran tempatan (sekitar 90 peratus) ia bukan isu kerana ekuiti di Bursa Malaysia telah banyak menunjukkan pemulihan malah agensi antarabangsa mengĀunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia akan kembali meningkat sehingga 7.5 peratus tahun depan,ā katanya.
Menurut Razman, pilihan lain ialah menyimpan wang di Tabung Haji yang tidak memiliki had pelaburan seperti ASB.
āLembaga Tabung Haji telah kembali menunjukkan keupayaan untuk mencatatkan keuntungan bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019.
āMereka juga dilihat telah mengurangkan kebergantungan kepada pelaburan ekuiti dan mula beralih kepada hartanah untuk memfokuskan kepada pulangan lebih stabil berbanding kadar pulangan tinggi,ā katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Jabatan Pendidikan Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Noorhaliza Abu Bakar berkata, ciri paling utama untuk simpanan ialah boleh dicairkan pada bila-bila masa dan sifat tersebut terdapat dalam ASB.
Jelasnya, kita boleh meniru cara orang lama dengan membeli emas untuk tujuan simpanan, namun ia sebenarnya lebih kepada satu pelaburan kerana emas memerlukan satu tempoh masa yang agak panjang untuk hargaĀnya meningkat dengan stabil.
āKini terdapat beberapa bank yang menyediakan akaun simpanan dan pelaburan berasaskan emas.
āUntuk golongan bukan bumiputera, simpanan tetap masih memberikan kadar faedah yang menarik.
āBagaimanapun, ia bukan satu pilihan untuk orang Islam kerana cirinya yang tidak patuh Syariah,ā katanya.
















