fbpx

Barcelona lelong 12 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA dijangka melelong 12 pemainnya dalam usaha mengumpul dana untuk mendapatkan pemain baharu. – AFP

BARCELONA – Gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan akan menyenaraikan 12 pemain skuad utamanya dalam pasaran perpindahan akhir musim ini untuk mengumpul dana bagi mendapatkan beberapa prospek pembelian baharu.

Ia bagi membolehkan The Ca­talan mencapai perjanjian ­de­ngan Inter Milan untuk menda­patkan penyerang sensasi pasu­­kan itu, Lautaro Martinez yang mempunyai klausa perpindahan lebih daripada nilai €111 juta (RM549.7 juta) dalam kontraknya.

Pada masa sama, naib juara La Liga musim ini juga mahu membeli semula Eric Garcia daripada Manchester City kerana bekas produk Akademi La Masia itu pernah menyatakan hasratnya untuk kembali ke Camp Nou.

Selain itu, Barcelona juga dikatakan mahu mendapatkan ­khidmat Joao Cancelo yang jarang digunakan City pada bahagian pertahanan kanan menerusi perjanjian pertukaran pemain dengan bek kanan mereka, Nelson Semedo.

Selain Semedo, antara nama-nama lain di bahagian benteng pertahanan yang bakal menjadi ‘mangsa’ ialah penjaga gol kedua, Neto, Samuel Umtiti, Junior Firpo dan Jean-Clair Todibo.

The Catalan juga sedia menjual beberapa pemain yang ­khidmat mereka seakan-akan sudah tiada makna di Camp Nou ialah Arturo Vidal, Carles Alena, Rafinha, Ivan Rakitic, Ousmane Dembele, Martin Braithwaite dan Philippe Coutinho.

Peluang Todibo, Alena dan Rafinha untuk keluar daripada Barcelona dilihat lebih mudah memandangkan ketiga-tiga pemain tersebut telah beraksi dengan pasukan lain secara pinjaman musim ini bersama Schalke 04, Real Betis serta Celta­ Vigo.

Bagaimanapun, nasib pemain-pemain senior seperti Vidal, Rakitic dan Umtiti juga bakal bergantung kepada prestasi mereka ketika menentang Napoli pada aksi timbal balik pusingan 16 pa­sukan terbaik Liga Juara-Juara, 8 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI