fbpx

Bale perlu buka mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE (tengah) tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Real apabila hanya membuat 20 penampilan musim ini. – AFP

LONDON – Pemain Real Madrid, Gareth Bale perlu mengambil pendekatan duduk dan berbincang bersama pihak pengurusan pasukan itu berkaitan masa depannya di Santiago Bernabeu.

Bekas jurulatih Real Madrid dan Wales, John Toshack juga percaya Bale akan mendapat manfaat daripada isunya yang kini heboh dalam kalangan peminat berkaitan kariernya bersama Real.

Pemain berusia 31 tahun itu bukan pilihan utama buat jurulatih, Zinedine Zidane musim ini apabila hanya membuat 20 penampilan dalam semua kejohanan, malah Bale sendiri dilihat agak janggal dan tidak gembira ketika meraikan kejayaan pasukan itu menjulang gelaran La Liga.

Bale sebelum ini hampir ‘terbang’ ke China untuk menyertai kelab yang bersaing dalam Liga Super China tetapi tidak menjadi kenyataan ekoran dihalang oleh Real dan kini masa depannya kembali menjadi tanda tanya kecuali ada kelab yang mampu menawarkannya gaji berjumlah £13.7 juta (RM74.42 juta) setahun untuk membawanya keluar.

“Perkara sebegini kerap berlaku. Ia tidak seperti yang dirancang kerana jurulatih mempunyai idea tersendiri tetapi anda perlu duduk dan berbincang mengenainya.

“Saya fikir masalah ini akan menemui jalan penyelesaian sekiranya ada komunikasi antara mereka yang terlibat,” katanya.

Ejen Bale, Jonathan Barnett sebelum ini mengulangi kenya­taan bahawa pemain itu tidak akan meninggalkan Madrid dan akan menghabiskan tempoh kontrak dua tahun berbaki bersama pasukan itu.

Bagaimanapun, Toshack percaya para peminat pastinya lebih gembira untuk mendapat perkembangan dari mulut Bale sendiri mengenai masa depannya.

“Saya tidak fikir para peminat gembira dengan komen yang diberikan oleh orang yang mewakili Bale.

“Saya mahu mendengar sendiri daripada mulut Bale dan pastinya para peminat juga me­nunggu apa yang ingin dikatakan mengenai masa depannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI