fbpx

10 peniaga dikompaun ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Kira-kira 10 peniaga di daerah ini dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kompaun itu dikeluarkan sepanjang operasi yang dijalankan sejak kelmarin hingga hari ini.

Katanya, antara kesalahan dilakukan peniaga adalah tidak menyediakan alat pengesan suhu badan, tidak menyediakan buku rekod butiran pelanggan serta tiada cecair pembasmi kuman.

“Pelanggan yang datang ke kedai mereka juga didapati tidak melakukan penjarakan sosial,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, peniaga yang dikompaun berusia antara 28 hingga 53 tahun.

“Antara alasan yang diberikan oleh peniaga adalah alat yang digunakan untuk mengesan suhu badan rosak.

“Peniaga mendakwa sedang menunggu alat baharu yang dipesan secara dalam talian dan menyatakan tidak membelinya di farmasi berhampiran kerana harga agak mahal,” ujarnya.

Menurut Azhar, alasan lain adalah cecair pembasmi kuman habis dan tidak sempat membelinya.

Tambahnya, pihaknya akan melakukan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan semua individu termasuk peniaga mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun ke atas pesalah,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI