fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah MPV jenis Proton Exora dalam satu kemalangan di Kilometer 47, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dekat sini pagi tadi.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dalam satu kemalangan di Kilometer 47, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dekat sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Ridzuan Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi sewaktu pemandu Proton Exora sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala LUmpur dari arah Kerling.

“Ketika melalui lokasi kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu kemudiannya membelok ke kanan untuk berhenti makan di sebuah restoran yang terletak di seberang jalan sebelum dirempuh oleh sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

“Motosikal tersebut telah merempuh bahagian sisi kanan pintu hadapan MPV berkenaan yang juga merupakan sebuah teksi mengakibatkan penunggangnya yang berusia 20 tahun maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ridzuan, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat manakala pemandu Proton Exora itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan berhubung kejadian ini masih diteruskan dan saksi kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Nur Sabrina Abd. Rashid di talian 03-60641222.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI