fbpx

Najib perlu tunjuk bukti dalam pertuduhan laporan IMDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menunjukkan bukti tuduhan yang dikenakan menindas dirinya bagi membolehkan beliau membatalkan tuduhan meminda Laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi.

Dalam hujahan daripada pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Najib mesti membuktikan tindakan pendakwaan menindas beliau melalui tuduhan ke atasnya adalah sangat teruk dan jarang berlaku.

“Kami menyatakan bahawa ujian elemen menindas yang sangat tinggi dan penyalahgunaan tidak berjaya dibuktikan oleh pemohon dalam permohonan untuk membatalkan tuduhan itu.

Diketahui, belum ada kes seumpamanya yang berjaya membuktikan elemen ‘menindas’ di mahkamah,” katanya dalam pendengaran kes permohonan Najib untuk membatalkan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Sri Ram turut memaklumkan, pemohon juga tidak boleh menggunakan peruntukan Seksyen 173(g) Kanun Acara Jenayah dalam permohonannya kerana peruntukan itu membabitkan prosedur yang dijalankan oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

Sementara itu Muhammad Shafee berhujah, mahkamah boleh melalui bidang kuasanya dan menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan anak guamnya mengikut Seksyen 175 KAJ.

Beliau berkata, tuduhan pindaan yang dikenakan ke atas Najib adalah mengelirukan terutamanya melalui penggunaan perkataan dalam tuduhan.

“Tuduhan juga tidak mendedahkan sebarang kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana ia gagal menyatakan tindakan salah oleh tertuduh bepunca daripada pengalahgunaan yang disengajakan iaitu elemen asas bagi kesalahan. Kami turut menghujahkan bahawa tuduhan itu adalah tidak berasas,” katanya.

Justeru selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian menetapkan pada 7 Ogos depan bagi keputusan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI