fbpx

Mohamed Zulkefly, Ketua Pengarah Kerja Raya yang baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Zulkefly

Oleh MOHD. HUSNI BIN MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Datuk Mohamed Zulkefly Sulaiman, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya yang baru berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, Mohamed Zulkefly berpengalaman luas dalam bidang pengurusan projek pembangunan, rekabentuk, pengurusan aset, khidmat nasihat teknikal dan pengurusan awam serta pengurusan nilai.

Beliau berkata, Mohamed Zulkefly juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan berkhidmat di JKR Negeri Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pengurusan Aset dan Fasiliti dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun dengan jawatan pertama sebagai Jurutera di Jabatan Kerja Raya pada 16 Ogos 1985.

“Semoga dengan pelantikan ini, beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya dalam memastikan infrastruktur dan persekitaran yang lebih baik bagi kehidupan seharian dan sekaligus menjadi agensi teknikal yang unggul bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received