fbpx

Kes bunuh tiga lelaki Indonesia disebut 21 Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh warganegara Indonesia di bawa ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini, pagi tadi atas pertuduhan membunuh tiga lelaki.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetap 21 Ogos depan sebagai tarikh serahkan dokumen bagi kes seorang pekerja ladang warganegara Indonesia yang didakwa membunuh tiga lelaki senegara pada Disember tahun lepas.

Majistret Tan Chai Wei membuat keputusan berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar memohon mahkamah suatu tarikh baru memandangkan laporan kimia, laporan bedah siasat dan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) masih belum diperolehi.

Pada prosiding berkenaan, tertuduh, Mohamad Rozak Nor, 20, turut hadir.

Pada 24 Jun lepas, Mohamad Rozak didakwa di Mahkamah Majistret Rembau atas pertuduhan membunuh Hari Sucipto, 19, Ramdani Sahrul, 20 dan Gunawan Pani, 20, di rumah kongsi pekerja Ladang Chin Fatt di Gemencheh, Tampin antara 10.40 malam sehingga 11 malam, 5 Dis 2019.

Pertuduhan keatasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI