fbpx

Dua pengurus kanan syarikat direman kes manipulasi maklumat pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pengurus kanan sebuah syarikat dibawa ke Mahkamat Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi.

Oleh MOHD. HUSNI BIN MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Dua pengurus kanan sebuah syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes memanipulasi maklumat pengguna sekitar tahun 2017 sehingga kini.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 27 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Nuraisyah Mohd. Yusof di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua individu berusia 45 dan 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya kira-kira pukul 9 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, kedua-dua individu terbabit ditahan susulan siasatan terhadap tujuh individu yang direman semalam membabitkan sindiket penyaluran maklumat peribadi pelanggan syarikat telekomunikasi kepada syarikat swasta dan mengaut keuntungan jutaan ringgit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI