fbpx

Abang rentung, adik selamat keluar tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui mati rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Saga, Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang rentung manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Saga awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, ditemui di laluan masuk ke bilik air di tingkat dua rumah teres tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, ketika kejadian terdapat dua beradik di rumah tersebut.

Katanya, adik kepada mangsa yang tidur di tingkat bawah rumah itu berjaya menyelamatkan diri dengan keluar daripada tingkap.

“Mangsa yang rentung tidur di tingkat atas dipercayai cuba menyelamatkan diri untuk memasuki bilik air namun gagal.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Hafisham turut memberitahu, semasa kejadian ibu bapa mangsa berada di luar negara.

Jelas beliau, punca dan kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI