fbpx

Lelaki gelang merah tular didapati negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang tular duduk di dalam restoran walaupun memakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 pagi tadi.

[KEMASKINI]

KLANG – Polis mengesahkan lelaki yang memakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 yang tular duduk di sebuah restoran di Sungai Undang di  sini pagi tadi adalah negatif.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, keputusan itu hasil ujian saringan kedua Covid-19 terhadap lelaki berusia 55 tahun itu di  Kinik Kesihatan Botanik di sini.

“Siasatan mendapati lelaki itu sepatutnya menjalani kuarantin di rumah bermula 9 Julai lalu hingga esok selepas tiba dari India,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang, Azmi Muji menegaskan restoran tersebut telah diarahkan ditutup selama tujuh hari atas arahan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan tindakan seorang lelaki yang mencetuskan kebimbangan apabila berada di dalam sebuah restoran di Sungai Undang di sini walaupun dalam tempoh perintah kuarantin wajib Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI