fbpx

United perlu segera ikat Jimenez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMENEZ (kanan) melalui tempoh yang cukup cemerlang bersama Wolves sehingga menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah. - AFP

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand percaya bekas pasukannya perlu segera mendapatkan khidmat penggempur utama Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez pada jendela perpindahan kali ini.

Menurutnya, pemain antarabangsa Mexico itu merupakan seorang penyerang yang baik dan mampu memberikan sesuatu yang berbeza buat The Red Devils.

“Saya fikir Wolves akan bekerja keras untuk memastikannya kekal. Dia merupakan seorang pemain yang memiliki bakat menakjubkan dan rekod jaringannya sejak dua musim lalu perlu diberikan perhatian.

“Jika anda bertanya apakah saya bersetuju sekiranya United mahu mendapatkan khidmatnya, saya tidak mungkin berkata tidak. Dia mampu memberikan kelainan berbanding apa yang dimiliki oleh United ketika ini,” katanya.

Wolves berjaya mendapatkan khidmatnya dengan nilai RM162.30 juta dari Benfica sekali gus menjadi rekod perpindahan termahal kelab itu.

Musim 2019-2020 menyaksikan Jimenez meledak 26 gol dalam semua kejohanan dan mengumpul 43 gol dalam 96 penampilan bersama pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI